TOKYO, 9 November 2025 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun pada jam 8.50 malam Ahad waktu tempatan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Dato' Shahril Effendi Abd Ghany.
Keesokan harinya, Premier akan menyampaikan amanat sempena ulang tahun ke-30 jalinan kerjasama antara Japanese Malaysia Association (JMA) dan Jabatan Hutan Sarawak
Ini diikuti pada Selasa dengan kemuncak lawatan di mana Premier akan menerima anugerah The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Naruhito sebagai pengiktirafan atas sumbangan besar beliau dalam memperkukuh hubungan strategik antara Jepun dan Malaysia.
Datuk Patinggi Abang Zohari merupakan antara penerima Autumn Imperial Decorations 2025 yang diumumkan oleh Kerajaan Jepun sebelum ini.